snada

snada

Saturday 22 December 2012

SANG HATI

assalamualaikum,first of all saya nak minta maaf if ada tersalah bahasa. kalau nak baca ,baca sampai habis law tidak,x payah baca . perempuan ialah ialah makhluk allah yang dijadikan untuk seorang lelaki sepertimana hawa yang diciptakan oleh allah kepada nabi adam daripada tulang rusuknya.

mungkin senang untuk mencari teman wanita bagi seorang lelaki yang dah menjadi kebiasaan kepada manusia tetapi ada juga wanita mencari lelaki dek kata pepatah melayu ibarat perigi mencari timba,tetapi x salah di sisi islam , menjaga hubungan dalam percintaan adalah menjadi satu cabaran bagi seorang lelaki lagi-lagi kalau berjauhan.

DILEMA
menjadi dilema sewaktu bercinta ialah tarikan kepada kecurangan yang akan berakhir kepada kehancuran kepada hubungan dalam percintaan, dalam bercinta  perlulah ada sikap tolak ansur , jujur ,ikhlas, percaya pada pasangan, serta x lupa pada tarikh2 penting kerana wanita amat pantang  atau sensitif kepada tarikh penting dan yang sepatutnya,semua ini ada adalah elemen penting dalam sesuatu hubungan.

sebagai manusia kita x terlepas dari melakukan kesilapan,maafkanlah jika sya melakukan kesilapan yang dapat menyinggung perasaan awak,kalau saya salah tolong baiki kekurangn,mungkin awak baca blog ni sebab awak pernah tengok blog ni tau mungkin lambat tengok,atau mungkin x tengok langsung.

mungkin senang untuk saya mencari seorang untuk menggantikan awak,tetapi x semudahnya untuk menggantikan awak lagi2 untuk melupakan awak tanpa sebab.pada saat ini saya mula ragu2 akan isi hatimu terhadap diriku,atau mungkin awak dah tiada rasa sayang antara kita,saya sanggup tunggu awak just untuk bersama awak,tapi kalau hatimu telah berubah atau pudar atau mungkin telah dicuri oleh orang lain. mungkin sudah masanya untuk saya undur diri,mungkin selama ini saya hanya  bertepuk sebelah tangan pada akhir2 ini atau mungkin awak hanya ingin menjadi seperti kawan biasa yang macam awak kata dulu,yang saya tahu lelaki mulakan perhubungan dengan kawan,tetapi wanita akhiri perhubungan dengan kawan.

Muhammad Arif b. Zainuldin pernah kata , " kalau kita lepaskan ikan yang kita dah tangkap dan sudah menjadi milik kita dan kalau kita berjumpa lagi dengan ikan itu,maka memang kita ditakdirkan berjumpa".dalam bahasa mudahnya , kalau dah jodoh x kemana jua. dengan ayat yang dipegang oleh panjang,die dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dengan tidak bercinta sampai sekarang dan kalau ada yang dapat membuka pintu hatinya maka mungkin itu jodoh dia,dan mungkin wanita yang sebelumnya bukan milik panjang.

tujuan saya buat ni ialah ini tulus dari hati saya supaya untuk awak berfikir,kalau awak rase awak dah x bole bersama just cakap seadanya,kalau tidak jangan buat saya seperti tiada siapa di sisi saya,please dont do this to me,its hurt me enough.saya terasa macam x layak untuk awak, tapi saya nak awak tahu yang saya sangat2 mencintai awak sepenuh hati,x ada perempuan lain yang dapat buat saya jadi macam ni,awak kate awak dapat terima saya seadanya,prove it coz saya x pernah curang dengan awak,n klau saya curang pun untuk apa and x ada faedah.

ikhlas dari saya,
TAKE ME OR LEAVE ME

Saturday 21 July 2012

Nuang mt.


assalamualaikum, Gunung Nuang , siape x kenal Gunung Nuang yes mesti taw yang ni bukan org n bukan bende, Gunung Nuang ialah taman negeri bagi negeri selangor yang terletak di ulu langat boleh melalui ampang or dari cheras kalau nk cari Gunung Nuang ni senang je just type Gunung Nuang mcm biase dekat GPS , haha 

firstly,tempat ni agak merbahaya bagi level yang bawah dari amatur kerana sangat memerlukan aktiviti yang agak lasak dan sangat memenatkan tapi x pe sebab ade banyak pondok untuk berehat iaitu dari A-Z dan pondok tu diberi nama sempena nama pokok buluh kalau x silap la salah satu nama buluh ilah buluh sembilang,n of course la kalau da masuk taman negeri or negara kene bayar tp pun mcm biase bayar  x mahal la RM 1 je n wajib tulis nama n bape hari kite duduk dlm kem ni, dekat atas sane ade kem yang diberi nama dengan LOLO CAMP, n macam biase la tujun diorang tnye sobab diorang kesah la dengan kite takut jadi ape2 kt kite sebab diorang diberi gaji untuk jage tempat tu n keselamatan orang awam and diorang ni peramah begitu jugak dengan orang asli yang ade dekat situ ,asal kite senyum dengn diorang confirm diorang balas balik even diorang ade yang x de gigi tp still comel when smiling ^_*

difficulity bagi trip ni moderate coz x banyak yang lasak just track je yang panjang n ade jugak memerlukan mendaki dengan teknik dakian yang sempoi bak kate member raden ezin III ,carenye dengan jalan secare ter balik even in hiking ni untuk mengelakkan kite cepat rase penat apabila mendaki kalau x percaye cube la bende ni bile mendaki kt gunung mane2,bagi yang perempuan x semestinye x larat or x boleh buat or what so ever la,contoh dah ade , Diyana Farihah Helmi adalah seorang wanita or perempuan yang sangat tabah sebab die dapat habiskan trip ni dengan jayanya dengan tidak mengeluh , mungkin ade sikit dengan gaye gedik die sikit yang agak menggelikan tapi die tetap cool dalam ekspidisi ni.puncak tertinggi gunung ni ialah 1498 M dan merupakn puncak tertinggi bagi negeri selangor

dalam perjalanan mendaki Gunung Nuang kami berjumpa dengan orang asli yang sangat peramah dan rajin bekerja ,kerja mereka ialah mengutip hasil hutan dan diorang pandai membuat pondok walaupun kecil tapi tetap nampak selesa dan cantik di pandang,dn didalam perjalanan mendaki kami menemukan durian yang agak banyak bertaburan di lantai hutan dan tidak semena2nya saya n arep jamil kutip dan tidak semene2nye lagi kami bukak durian tu jugak dekat situ dengan tidak menghiraukan bende laen sambil terlupe yang kami berada dibawah pookok durian tersebut ,hehe, lepas tu diorang warning suruh angkat n alih ke tempat laen , n yang paling penting ialah durian tu x masak lagi so rasenye x berape sedap disebbkan terlampau lapar kiteorang bedal je durian tu n yang paling rakus Arep Jamil la, cool la rep, mulut bau durian habis semua.

Dalam perjalanan ni kalau x kene gigit pacat memang x sah la,boleh kate dalam pendakian ni lebih dari seekor pacat yang gila darah ,memang biasela pacat sangap kat badan manusia x tahu la kenape kan,mungkin betul kate si ular yang nak makan katak  "memang makanan aku " , bagi menghilangkan rase bosan ialah dengan care bersembang serta dapat menghilangkan rase penat semasa mendaki and this trip is friend for this Nazree Ennaidi iaitu budak yang x nak kahwin dengan orang melayu or yang ade kene mengena dengan nusantara termasuklah myanmar and so on, yang die nak cari ialah gadis korea or jepun i dont know la if he know that  majority korean citizen doing plastic surgery a.k.a manusia plastic actually diorang buat macam tu sebab nak jadi macam orang biase je and biaseje muke diorang x taw la macam mane rupe diorang kalau x plastic surgery kan . 


lastly, bagi trip ni memang agak memenatkan sedikit terutamanya lenguh pada kaki, my advise is exercise n come early to this trip coz takes time 4 this journey maybe 7 am dah sepatutnye ade kat situ kot,sebab before pukul 2 pm dah kene turun  n x boleh teruskan lagi sebab takut turun dah nak malam, bahaya itu pesanan oleh renjer yang jaga tempat tu, try la pergi sini, semoga dapt pengalaman yang berguna




pengalaman sememangnye manis walaupun pengalaman pahit apakan lagi yang manis kan












by El Rahman


Wednesday 29 February 2012

hey,


ni lapangan terbang kelate ke?


reality puma


husband is not ATM machine ?  knp ade mak cik tu?


pemandangan di sport toto


seram gila bak hang


ayam pun taw sapa bunuh bapak dia,
anak" nanti pi revenge for your father"
"yes mom"


iron rambut...
satgi pi cube try test buat ape jadi


fakta BM pasal GPS=gune pun sesat lebih dari separuh pengguna mengakui termasuk EL


kalau korang la ,nak ke makan sambal iblis ?


sape nak beli kete ferrari 559 GTB ?




Sunday 26 February 2012

hah ?


agak-agak korg la kan ni kreatif ke menggelikan?.







kan bagus kalau kereta polis malaysia mcm ni 






kalau korang pandai ni ape bende?


pernah x korang tengok iklan nokia mcm ni or kat hp korang mase on hp


kalau binatang ni buat macam ni dekat korang, ape perasaan korang?


no komen


sape yang suke tangkap gambar gune hp depan cermin cube try buat mcm die buat.. n_n


safety first, original airbag


bak kate orng tue2 blaja biar tinggi2 mungkin ini yang diorang maksudkan kot


macam ni ke nak elak banjir?


fb service center

bagi perokok la kan agak2 takut  tak kalau ade gambar kubur kat kotak rokok

ni citer hantu ke iklan syampu

comel kan kucing ni,lepas korang tengok mesti korang nak buat kat kucing korang kan


tak payah nak explain kompem korang nak cube


agak2 ni kuda jenis ape

korang ade perasan something x dekat gambar ni,macam ade gambar orang dari arah tepi

Saturday 21 January 2012

kem msk bersama watan polimas bhg. 1

assalamualaikum,el nak cerita pasal kem dekat ipta el 2 minggu before exam sem bagi  1st semester in my ipta.Kisahnye bermule apabila semua subject AR101 which is specialist 4 cocuriculum dah buat kem but subject kami tak buat lagi,so cik zaki tampal notis untuk mengadakan kem pada either 24 or 26 dalam bulan 10.11.pada masa tu semua peserta yang tidak rela bersama subject AR101 semuanya resah gelisah macam cacing kepanasanlah boleh dikatakan.bagi el and member baik el kat dalam kelas yang ambil same subject pun agak nak menggigil gak la,bagi el ni macam kem biase sebab dah biasa masa dekat sekolah menengah dulu,sebab dulu pun el ada masuk lebih kurang macam subject ni jugak.

ok, kisahnya bermula pada hari khamis lepas rehat,iaitu hari and masa yang khas  untuk subject ni.sesampainya kami dengan membawa beg untuk kem , el tengok semua wajah penuntut dah macam nasi basi la boleh dikatakan,dengan lantang En.zaki memanggil semua penuntut untuk berkumpul mengikut kumpulan samada A,B or C.Dengan kehadiran kak atiqah iaitu seniar watan pun terus membahagikan kumpulan yang lebih kecil.tahu tak ape yang pelik ,yes yang paling pelik ialah nama kumpulan 2 da macam ape haih....el  terdampar tersama sindiket 1 'terdampar' tu.ha tu la nama kumpulan tu,yang agak pelik lagi menarik.Pada hari pertama kami disajikan dengan makanan yang sangat enak dan banyak sebab ada orang besar yang merasmikan kem ni.Pada malam perasmian itu kami disuruh untuk memakai baju kemeja berwarna putih or cerah kerana ada majlis 'formal' la katakan hhihi,dah la buat dekat student mall.yes macam biasa kalau ada majlis formal dekat ipta kami mesti akan berlaku peristiwa 'peperangan' sebab dalam peperangan mesti ada yang syahid,haha .x dela sebenarnya macam ni setiap kali ada majlis formal either in dewan utama or dewan biasa mesti ada yang akan tidur like usual benda ni start dari belakang then merebak macam virus la katakan sampai la ke depan,kadang orang yang berucap kat depan tu menyirap dengan penuntut semua tapi benda yang die paling tak tau is yang dorang berucap kat depan tu lagi buat menyirap kat penuntut coz dorang berucap lama-gila berlainan sangat dengan mc katakan sebentar tadi yang berbunyi 'sepatah dua kata' haha memang silap lha sampai setengah jam untuk seorang dan yang paling penting dah pukul 12 tengah malam kot beragak sikit.

ok kite sambung cerita dekat kem pada esok harinya,starting awake in 4 a.m and ramai gile kat dalam tandas just like sardin pack gile, and ade yang decide untuk tak mandi 'pengotor'nye,yack like a poo, tau tak memang tak tau nye kami semua tido atas meja perghhhhhh sakit gile like ahhhhhhh bangun2 badan jadi sengal semacam. itu tak pe lagi yang nak mandi macam mane? haihhhhhh,dalam sindiket 1 kami memang dah rapat then kami decide untuk mandi dekat tandas 'perempuan' haha,memang bersih gile......

Tuesday 3 January 2012

IBNU SINA (AVICENNA) - -TOKOH PERUBATAN ISLAM




BIODATA / RIWAYAT HIDUP
Nama:     al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina
Dikenali dibarat:  Avicenna
Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi
Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan
Bangsa: Parsi
Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan
Usia ketika wafat: 57/58 tahun
IBNU SINA SEMASA KECIL
Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
PERIBADI IBNU SINA
Tekun mempelajari ilmu
Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali.
Taat beragama
Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.
Pintar
Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.
Berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Karya dalam Perubatan
Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’,‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit  dan cara untuk mengubatinya.
2. Pencapaian Dalam Bidang Perubatan
** Penemuan penyakit baru dan puncanya
-          pengaruh kuman dalam penyakit
-          jangkitan virus seperti TB
-          Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.
** Penemuan dalam bidang farmasi
-          menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit
-          menghasilkan ubat bius
** membangunkan teknologi perubatan
-          mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan
-          mencipta picagari
** kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan
- memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis
Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di Hungary dinamakan sebagai ‘Avicenna College’.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.
Bidang Geografi
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles.    
Bidang Geologi, Kimia
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmupertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:
1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)
3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.
KEWAFATAN IBNU SINA
Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah,  Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan nama Ibnu Sina, yang berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya. Sebuah monemun sejarah telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.