snada

snada

Saturday 21 January 2012

kem msk bersama watan polimas bhg. 1

assalamualaikum,el nak cerita pasal kem dekat ipta el 2 minggu before exam sem bagi  1st semester in my ipta.Kisahnye bermule apabila semua subject AR101 which is specialist 4 cocuriculum dah buat kem but subject kami tak buat lagi,so cik zaki tampal notis untuk mengadakan kem pada either 24 or 26 dalam bulan 10.11.pada masa tu semua peserta yang tidak rela bersama subject AR101 semuanya resah gelisah macam cacing kepanasanlah boleh dikatakan.bagi el and member baik el kat dalam kelas yang ambil same subject pun agak nak menggigil gak la,bagi el ni macam kem biase sebab dah biasa masa dekat sekolah menengah dulu,sebab dulu pun el ada masuk lebih kurang macam subject ni jugak.

ok, kisahnya bermula pada hari khamis lepas rehat,iaitu hari and masa yang khas  untuk subject ni.sesampainya kami dengan membawa beg untuk kem , el tengok semua wajah penuntut dah macam nasi basi la boleh dikatakan,dengan lantang En.zaki memanggil semua penuntut untuk berkumpul mengikut kumpulan samada A,B or C.Dengan kehadiran kak atiqah iaitu seniar watan pun terus membahagikan kumpulan yang lebih kecil.tahu tak ape yang pelik ,yes yang paling pelik ialah nama kumpulan 2 da macam ape haih....el  terdampar tersama sindiket 1 'terdampar' tu.ha tu la nama kumpulan tu,yang agak pelik lagi menarik.Pada hari pertama kami disajikan dengan makanan yang sangat enak dan banyak sebab ada orang besar yang merasmikan kem ni.Pada malam perasmian itu kami disuruh untuk memakai baju kemeja berwarna putih or cerah kerana ada majlis 'formal' la katakan hhihi,dah la buat dekat student mall.yes macam biasa kalau ada majlis formal dekat ipta kami mesti akan berlaku peristiwa 'peperangan' sebab dalam peperangan mesti ada yang syahid,haha .x dela sebenarnya macam ni setiap kali ada majlis formal either in dewan utama or dewan biasa mesti ada yang akan tidur like usual benda ni start dari belakang then merebak macam virus la katakan sampai la ke depan,kadang orang yang berucap kat depan tu menyirap dengan penuntut semua tapi benda yang die paling tak tau is yang dorang berucap kat depan tu lagi buat menyirap kat penuntut coz dorang berucap lama-gila berlainan sangat dengan mc katakan sebentar tadi yang berbunyi 'sepatah dua kata' haha memang silap lha sampai setengah jam untuk seorang dan yang paling penting dah pukul 12 tengah malam kot beragak sikit.

ok kite sambung cerita dekat kem pada esok harinya,starting awake in 4 a.m and ramai gile kat dalam tandas just like sardin pack gile, and ade yang decide untuk tak mandi 'pengotor'nye,yack like a poo, tau tak memang tak tau nye kami semua tido atas meja perghhhhhh sakit gile like ahhhhhhh bangun2 badan jadi sengal semacam. itu tak pe lagi yang nak mandi macam mane? haihhhhhh,dalam sindiket 1 kami memang dah rapat then kami decide untuk mandi dekat tandas 'perempuan' haha,memang bersih gile......

Tuesday 3 January 2012

IBNU SINA (AVICENNA) - -TOKOH PERUBATAN ISLAM




BIODATA / RIWAYAT HIDUP
Nama:     al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina
Dikenali dibarat:  Avicenna
Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi
Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan
Bangsa: Parsi
Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan
Usia ketika wafat: 57/58 tahun
IBNU SINA SEMASA KECIL
Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
PERIBADI IBNU SINA
Tekun mempelajari ilmu
Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali.
Taat beragama
Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.
Pintar
Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.
Berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Karya dalam Perubatan
Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’,‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit  dan cara untuk mengubatinya.
2. Pencapaian Dalam Bidang Perubatan
** Penemuan penyakit baru dan puncanya
-          pengaruh kuman dalam penyakit
-          jangkitan virus seperti TB
-          Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.
** Penemuan dalam bidang farmasi
-          menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit
-          menghasilkan ubat bius
** membangunkan teknologi perubatan
-          mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan
-          mencipta picagari
** kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan
- memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis
Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di Hungary dinamakan sebagai ‘Avicenna College’.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.
Bidang Geografi
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles.    
Bidang Geologi, Kimia
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmupertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:
1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)
3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.
KEWAFATAN IBNU SINA
Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah,  Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan nama Ibnu Sina, yang berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya. Sebuah monemun sejarah telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.